pemikiran budak hingusan.
Postedactually, there's a lot i want to say. pagi tadi masa kerja, banyak sangat benda terlintas dalam kepala otak. but then bila sampai rumah, dah mengadap laptop...tak tahu lah pulak nak tulis macam mana. entry ini bukanlah bermaksud mahu menjatuhkan sesiapa, atau memerli sesiapa. entry ini cuma pendapat aku sendiri. apa yang aku fikir dalam kepala otak sendiri sahaja. saja je rasa nak meluahkan pula perasaan ini. hehe
sejak dua menjak ni, aku selalu lah nampak status kat facebook yang jenis suka men'compare' perempuan tak pakai tudung dengan perempuan yang bertudung. selalunya terjadi kepada mereka yang sebelum ini pakai tudung, tetapi telah berhijrah dengan tak pakai tudung. tak pun, on-off. kadang pakai, kadang tak pakai. status mereka mungkinlah yang marah dan a bit beremosi, kemungkinan ada yang menegur perubahan mereka, atau dalam erti kata lain, ada yang mengutuk dan mengkritik perubahan tersebut. eh, tapi mungkin ada yang memuji? biasanya status yang aku perasan, mesti berbaur 'marah' atau 'hangen' lah. hehe.
apesal macam skema pulak? ok chill..takde la..kadang tu status emo kan, lepas tu compare la dengan perempuan yang pakai tudung. macam2 komen..antaranya adalah "macamlah perempuan bertudung tu semua baik? padahal ada je yang pakai tudung tapi perangai buruk" atau yang sewaktu dengannya lah.
pada pendapat aku lah kan, tak elok lah kan nak compare macam tu. ye, tak semua perempuan pakai tudung tu baik, alim. ada yang buruk jugak perangai (macam aku lah tu). haha. tapi biarlah itu. sudahnya anda mengambil keputusan untuk tidak bertudung atau on-off tu, patutnya anda kena bersedia lah untuk menerima teguran, kutukan, kritikan atau pujian. aku faham..mestilah marah kalau ada yang nak mengutuk. tapi apa salahnya kalau think positive. macam.."takpe, dia tegur untuk kebaikan"..kalau niat dia jahat pun, biar la dia. mungkin yang menegur tu cuma menjalankan tanggungjawab. mungkin di kalangan kawan2 kan? i mean, kawan yang betul2 kawan la. bukan ke sebagai kawan kita nak yang terbaik untuk kawan kita. betul tak?
yang si penegur tu plak, kalau dah tegur, lepaslah tanggungjawab tu. nak berubah ke tak, itu hak orang tu lah pulak. tak payah la nak lebih2 nak pergi marah ke kutuk pulak. entah2 kau jeles tak? haha. ok. kidding! (oh, tak lucu eh?) anyway, kalau dia tak berubah dengan teguran, bukankah bole doakan supaya dia berubah? tak semua orang dapat hidayah senang dan cepat kan. ceeewaaaahhh~ macam ustazah lah pulak aku bercakap ni. tapi tu la...
bukan nak kata aku baik. tak. obviously tak. sebab aku tahu aku pun jahat jugak. tapi aku cuba nak baiki la perangai2 tak elok tu kan. ye, tak dinafikan, dulu, mesti kalau aku nampak perempuan tak pakai tudung je, mesti cop tak baik la. standard la tu. ye lah, dah aku ni duduk kat kampung, dikelilingi orang tua, budak2 pun ramai pakai tudung. tu zaman dulu. zaman sekarang ni budak kampung la yang berlumba nak jadi hot. culture shock mungkin! anyway, sebab apa aku fikir macam tu? sebab, kalau tak pakai tudung, baju pun mesti la sexy2 sikit kan. pastu aku fikir la, dorang ni sembahyang ke tak? haha. tu pemikiran budak kampung. sekarang ni dah besar. dah bergaul. dah keluar dari kempompong sikit. so, tahu lah sikit2 kan. jadi dah buang dah persepsi begitu dari dalam diri. hehe. *tapi memang ada je orang yang tak sembahyang.
ye betul lah, tak semua orang tak pakai tudung jahat. malah, ramai sangat yang baik. jauh lebih baik dari perempuan yang bertudung kan. tapi tu lah. masih ramai yang berfikiran macam tu. ini lah pemikiran sesetangah orang sekarang. benda ni semua, ada baik, ada buruknya. kalau nak cerita kat sini, 20 pages pun belum tentu habis kan.
apa sebenarnya aku nak cakap? oh..tak..maksud aku, aku macam nak biar orang yang tak pakai tudung ni, bila orang tegur, terimalah seadanya. think positive. tapi kalau orang 'tegur' jenis maki hamun tu..tu kena pikir balik la. haha. and bagi yang perempuan bertudung pulak, patutnya kena la jaga diri sendiri kan? kalau nak tegur, tegurlah dengan berhemah. kalau tak bole tegur dengan mulut, or perbuatan..doa pun dah cukup. kan?
sekali lagi aku nak cakap, aku bukan berlagak baik ok. no no no. ini cuma pendapat. 'pendapat' ke? ok whatever..(takot sebenarnya kalau ada orang 'bash' aku lepas ni). ini hanya sikit je daripada apa yang terlintas kat pikiran aku. mungkin orang lain lagi terer bab ni. pendapat orang lain lebih betul kan. biasalah, saya budak baru belajar. kalau salah tolong la tunjukkan. hehe. mintak maaf kalau tersalah or tersilap bahasa :D serius tiada niat buruk pun.
jadi marilah kita sama2 perbaiki diri! oh yeah! teruskan berdiet! (apa kaitan?) haha

This entry was posted
on Saturday, June 05, 2010
.
You can leave a response
and follow any responses to this entry through the
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.