Click! Click!

hapdet terbaru setelah sekian lama menggempalkan diri  

Posted by: A.i.m.i

assalamualaikum

setelah sekian lama tinggal blog ni, hari ni terasa nak hapdet la sikit. untuk pengetahuan semua, sekarang aku berada di kampung angkat aku, di Dunedin, New Zealand. datang ni insyaAllah untuk majlis kovokesyen pertama aku. wow! alhamdulillah..selepas berhempas pulas akhirnya aku sampai ke tahap ni. syukur...

aku datang seorang saja. tidak diiringi kedua ibu bapa. mula-mula tu memang Abah nak ikut. Ummi memang awal-awal lagi tak nak datang. Ummi memang susah sikit nak melancong ni. ok berbalik pada cerita Abah aku, memula Abah nak datang, tapi adalah sedikit masalah timbul, tambahan pula bulan puasa. so bila pikir-pikir balik, tak apa lah tak datang pun. mungkin tunggu aku konvo yang seterusnya. insyaAllah. Amiin. korang sama-sama la doakan supaya aku dapat sambung ke peringkat seterusnya :)

untuk makluman semua, sekarang musim bunga di sini. cuaca pula tidak menentu seminggu dua ni. minggu ni banyak hujan pulak. aku dah check weather forecast mengatakan hari sabtu ni, iaitu hari konvo berlangsung bakalan hujan. Ya Allah, kurniakanlah cuaca yang elok pada hari tu. kalau tak clear pun, atleast cloudy. but not raining. pleaseeeeeee!!! :))

buat pertama kali setelah sekian lama, aku rasa aku homesick! tak sabar nak balik rumah. tak tahu la rindu Ummi Abah ke, rindu bilik ke, rindu makanan ke..tapi homesick!

ok lah, rasa dah malas nak menaip. lain kali pulak. until we meet again.

wassalam.

This entry was posted on Thursday, August 19, 2010 . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

1 comments

Musim bunga? Mcm best..
Weh.. tahun ni ak miss nak wish besday ko la weh. Aku xde akses tenet kat office. laptop aku dirompak. Aku jadi miskin terlampau. X mampu nak beli baru. Hp pun rosak. No phone ko pun aku dah xde.. tapi ko tetap di hatiku.
Happy Belated Birthday. Semoga panjang umur. =)
[banyak alasan aku x wish]

Post a Comment

Click! Click!