Click! Click!

menanam anggur menggunakan baja pokok getah  

Posted by: A.i.m.i

oh. tajuk tiada kaitan dengan isi kandungan post ini.

setelah tamat bergraduasi, maka tamatlah riwayat hidup aku sebagai pelajar. namun begitu, aku masih lagi menanam impian untuk sambung belajar, tapi tak tahu bila dan di mana. mungkin satu hari nanti. siapa tahu? doakan yang terbaik untuk aku.

baru aku faham perasaan mereka yang duduk di rumah tanpa berbuat apa2. lah, yang skema sangat kenapa? ok berbalik kepada topik 'menanam anggur' atau menganggur. buat masa sekarang aku masih lagi duduk di rumah tak bekerja dan tiada niat untuk mencari kerja. aku cuma nak duduk rumah dulu buat masa sekarang. lepas raya nanti lah baru aku fikir tentang masa depan. wahh!! lepas raya you~ i raya kat rumah tahun ni. setelah sekian lama. i likee~~

eh akan tetapi, aku rindu sangat waktu belajar semasa tinggal di NZ dulu. ok ni kalau kawan2 dkt NZ ni tahu, mesti mereka rasa nak kasik aku penampar. kenapa? sebab dulu aku selalu tak sabar nak balik rumah. ye la, excited of course nak balik. tapi bila dah balik, kan normal kalau teringat kehidupan masa belajar dulu. seronok spend time dengan kawan2. oh, i rindu saat2 itu! :'((

dan lagi, tadi aku bukak FB. sudah ramai kawan2 yang sambung belajar, bekerja, mendirikan rumah tangga dan ada yang sudah beranak-pinak. oh dan ada juga yang sudah bercerai-berai! oopss..! :D mereka sudah maju ke depan. aku bila lagi? cemburu melihat kebahagiaan mereka. tak apa, masa aku akan tiba suatu hari nanti. insyaAllah jika panjang umur.

ok sekarang masih bulan puasa. aku sudah tinggal puasa 6 hari. korang pula dah tinggal berapa hari? aku sudah 10 tahun tak pernah lagi puasa penuh. sekarang kita bertanding siapa banyak tinggal puasa nak? kalau nak bertanding siapa puasa penuh, kompem aku kalah. i don't like it! no no no~ pemenang bagi pertandingan ini ialah beraya di rumah masing2.

okla, nak pergi mandi. bye!

This entry was posted on Saturday, September 04, 2010 . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

1 comments

haha...
pape je kamu ni...
puasa tinggal brape hari pn nak heboh..=P
kapan mau ketemu ak ek..?!
windu bangat sama kamu...~

Post a Comment

Click! Click!