Click! Click!

saya ingin mengucapkan selamat tahun baru 2011!! :)  

Posted by: A.i.m.i

SELAMAT TAHUN BARU 2011 SEMUA!!!

memandangkan dah masuk tahun baru, pasti lah semua orang akan ucap selamat tahun baru. kalau tengok dekat facebook, status masing2 mesti nak ucap selamat tahun baru la kan. sampaikan saya rasa saya dah tak payah ucap selamat tahun baru sebab semua orang pun cakap benda sama. macam isu bola hari tu. lepas malaysia menang, semua status nak update pasal bola je. eh, apa saya bebel ni? ok whatever. anyway, selamat tahun baru 2011 again untuk semua! :)

biasalah bila dah mula tahun baru, pasti akan ada azam baru kan. saya pun tak terkecuali. mari kita lihat apa azam tahun baru ni: (ni baru je fikir ni. dan-dan tu jugak nak fikir). haha.

1. akan mula bekerja. jadi akan berusaha menjadi pekerja yang berdedikasi dan rajin bekerja serta sabar menunggu hingga gaji masuk. walaupun mungkin akan penat lembik sebab tempat kerja dan rumah agak jauh, saya berazam untuk tidak merungut. oh! ok ni macam poyo. tatau akan bertahan berapa lama.

2. sambung belajar. ini adalah untuk masa depan serta impian yang sudah lama tersimpan. ni perlukan usaha dan keazaman yang tinggi. harap2 tak give up separuh jalan.

3. mengurangkan berat badan yang berlebihan. bukan tahun baru pon selalu dok berazam benda sama, tapi tak pernah jalan jugak! kita tengok je la nanti macam mana. mana tahu kali ni berjaya? ha ha ha. dan habiskan qada' puasa ramadhan hari tu jugak. berapa hari dah? 7 hari kot? lupa! tak apa lah lebih sikit, dapat pahala lebih.

4. simpan rambut panjang. azam ni tetiap tahun, tapi tak pernah berjaya. asal panjang je rimas nak potong. dah la rambut banyak gugur. tak lama lagi botak! oh nooo!!!! mungkin hikmahnya Tuhan tak makbulkan angan2 ni sebab nanti dah rambut panjang tetiba free hair. pergi buat treatment, kasik color dan bleach dan color dan bleach lagi. kemudian perm lepas tu rebonding, dan perm lagi dan rebonding lagi. oh tidak! klau jadi macam ni, mak saya pasti bunuh saya. ok tetiba merepek pula.

5. kumpul duit. untuk kegunaan jangka masa pendek dan simpanan untuk jangka masa panjang. duit adalah penting untuk hidup. kalau tak ada duit, tak dapat hidup. jadi perlu mengumpul duit dari awal lagi.

mungkin setakat ini dulu azam tahun baru kali ni. kalau ada lagi, akan ditambah kemudian hari pula. malas dah nak menaip. ok sekian.

wassalam.

This entry was posted on Sunday, January 02, 2011 . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

1 comments

Turunkan berat badan tu macam misi seumur hidup jer. Ha3..

Post a Comment

Click! Click!