Click! Click!

2 more days to go!  

Posted by: A.i.m.i

countdown..yeay! lagi 2 hari nak balik malaysia. i am sooooo excited.

well, hopefully everything is gonna be ok. packing blum siap lagi. kemas bilik pun belum siap jugak lagi. malasnya! but i have to. masa makin suntuk. apa pun, insyaAllah sempat je nak kemaskan semuanya before balik. well, mestilah sempat kot! tak boleh la buat2 tak sempat.

this year memang balik tangan kosong je. tak de belikan pape. owh, ada. untuk sepupu sepapat yang kecik2. tu pun, sebab dorang mintakkan beli pistol. so yeah, da belikan pistol petang tadi. but still ada few more things lagi nak kena carik before balik ni. duit takde pun, kena lah ada2 kan. tak pe la. sekali sekala belikan untuk si kecik tersayang kan. bila lagi. orang lain tak boleh expect souvenirs from me because i really have no money lah to buy something untuk semua orang. botak ai nanti yuuu~

so yeah..can't wait to go home! harap2 nanti tak patah pinggang duduk dalam flight for 10-12 hours. guys, pray for my safe journey (^_^)v

comeback~  

Posted by: A.i.m.i

i'm done with exam! alhamdulillah. tawakkal. pray for the best. hopefully....

i'll be coming home next week. excited huh? yes i am! really! can't wait to see my mum, my dad, my brothers and sisters.. yeay!! (^_^)v

halo  

Posted by: A.i.m.i

salam semua.

mintak maaf lama sangat tak hapdet. *setiap kali lambat pun mesti mintak maaf sebab lama tak hapdet.

sekarang ni tengah busy. dah nak exam kan. walaupun bukanlah stadi 24 jam, tapi still...masa banyak la jugak terbuang buat benda lain selain dari stadi. facebook la. apa lagi. benda2 mcam tu selalu je menghabiskan masa aku yang dah tak berapa nak cukup ni.

tinggal berapa hari lagi nak exam. less than a week kot? tapi banyak lagi yang aku belum stadi. tapi setiap hari asyik terfikir ke'excited'an nak balik malaysia. akhirnya penantian selama 2 tahun tu akan tertunai jugak tak lama lagi.

so for this time, aku malas nak hapdet panjang2. mungkin lepas2 ni bila aku ada banyak masa free, nanti insyaAllah aku akan sentiasa hapdet. tak janji, but i will try. hokay.

so, enough for now. lain kali aku sambung lagi.

doakan aku untuk exam kali ni.

love u guys!~

hello blog  

Posted by: A.i.m.i

i apologize for a long silence.


biasalah, bukan tak nak update, tapi ada banyak lagi kerja lain yang perlu dibereskan. maaf kepada anda2 yang mengunjung blog ini. (ada ke orang masuk blog ni?) ok..i dont mind if tak ada orang pun datang sini. it's just my personal blog to write anything yang rasa nak tulis.

ni gambar raya tahun ni masa POTS punya open house.. saja upload. enterprem

well, tadi aku pergi kat blog member aku ni. ada la dia bercerita pasal penggunaan bahasa inggeris, mainly dalam komunikasi. aku admit, bahasa inggeris aku tak perfect. tapi boleh la sekadar cakap pakai belasah agak2 orang paham. walaupun tahun ni dah masuk tahun ketiga aku kat sini, bahasa inggeris aku tak lah perfect, tapi aku rasa improve la sikit berbanding tahun2 lepas. masuk tahun tiga, barulah aku make friends dengan ramai international students. jadi, skill berkomunikasi pun kenalah improve sikit kasik orang faham..kan? tapi aku malu juga sebab aku cakap english masih berterabur. grammar tak payah cakap lah.. main terjah.. ha ha ha..

aku ingat lagi, tahun2 lepas, kalau kena cakap dengan pakcik makcik kedai ke, landlord ke, pakcik ayam ke..sesiapa sajalah..kalau ada member aku sama dengan aku, aku seboleh2 tak nak cakap. instead, aku suruh kawan aku je yang berurusan dengan dorang. tapi, sampai bila aku nak macam tu kan? sebab tu lah, aku slow2 belajar. belasah je la..

kadang2 aku pikir, malu lah.. overseas student, tapi english tak mantap. tapi, kadang2 aku pikir, kenapa nak malu pulak? english is not my first language. cakap kat rumah melayu, tambah2 pulak aku ni orang kampung. sudah tentulah pakai bahasa melayu je kat rumah. english tu jadi second language.. tak payah la nak malu kan. kalau tak pandai boleh belajar. insyaAllah lama2 pandai lah.. kan? :)

2 minggu lagi aku ada presentation. seperti biasa aku allergy dengan presentation, sebab aku sungguh tak suka bercakap2 depan orang ni, tambah2 cakap bahasa ingerris pulak tu. *takkan nak expect cakap melayu kat negara orang putih ni? even kat Malaysia pun sume benda belajar pakai bahasa inggeris kan. but i have to face it. benda tu latihan untuk masa depan kan? cita-cita tinggi lah jugak. kenapa perlu nak takut bila berdepan dengan orang. oh, bukan takut. MALU...i suppose...

nak tak nak kena jugak lalui benda tu semua. salah satu proses pembelajaran. am i right? :)

alamak, tiba2 panjang pulak dah tulis. hehe. i should get back to my work. esok pagi kerja, petang sampai malam group meeting... normal student's life.

c u later guys.

tag kawin. bole?  

Posted by: A.i.m.i in

dapat tag ni dari Ms Lee. oh, soalan pasal kawin2. penat mak nak jawab noxx. tak pikir lagi sume tu. soalan basic2 bole la jawab ala2. yang len tu mintak maaf la. haha. jadinya..jawab setakat mampu je la..ya :D

1. how old are you?
- 22 (am i?)

2. are you single?
- yes. single. not married. not available. lalala~

3. at what age do you think you'll get married?
- 26 maybe?

4. do you think you'll marrying the person you are with now?
- i think..... :)

5. if not, who do you want to marry?
- tengok lah sesapa. lalala~

6. who will be your bridesmaid & bestman?
- i dont know yet.

7. do you want a garden/beach or traditional wedding?
- i dont know yet. i want all~ hahaha

8. where do you plan to go on honeymoon?
- kat rumah. dalam bilik. dendiam. huahahahaha. well, tak fikir lagi lah.

9. How many guests do u think u'll invite?
- how many people want to come to my wedding? lol.

10. will that include your exes?
- penah ada ex ke? opps.. tetiba lupa. haha

11. how many layers of cake do you want?
- 1 layer please. byk2 pun tak makan jugak.

12. when do you want to get married, morning or evening?
- tengok la nanti. i think morning kot.

13. name the song/tune you'd like to play at your wedding.
- have no idea. tak fikir lagi.

14. ur wedding colour theme?
- black? hahahaha. tengok lah.

15. do you prefer fine dining or just normal spoon&fork?knife?
- anything. tak kesah.

16. champagne or red wine?
- memang tak lah.

17. honeymoon right after the wedding or days after the wedding?
- tengok dulu la. *da bape banyak soalan da ni jawab camni

18. money or household items?
- money please! saya memang mata duitan.

19. how many kids would you like to have?
- 3. 2 boys 1 girl. :D

20. will you record your honeymoon in DVD/CD?
- maybe.

21. ur dream present fr0m ur future husband
- i dont mind. anything :D

22. whose wedding plan would you like to know next
my friends:
- Sesape yang nak buat. sila. hehehehe

hari raya  

Posted by: A.i.m.i

dah lama rasanya tak menulis di sini. tidak berkesempatan.. (padahal malas)

well, ramadhan dah nak sampai ke penghujungnya dah. rata2 manusia sibuk nak menyambut hari raya. tapi jarang sangat yang bersedih sebab ramadhan akan meninggalkan kita tak lama lagi (termasuklah aku). sedih lah juga ramadhan dah nak habis, tapi tak ada perasaan tu lagi banyak. bahaya tu kalau macam tu kan. sedih bukan apa, syukur lah ramadhan kali ni dapat rasa. mana tahu tahun depan dah tak berpeluang nak merasa bulan ramadhan lagi kan, kalau ajal dah tiba. hanya Dia yang tahu. kalau sempat, alhamdulilah.. kalau tak sempat.. (tak tahu nak kata apa).

raya tahun ni pun macam biasa. macam tahun2 lepas juga. biasalah, beraya kat negara orang, mana nak sama dengan beraya kat negara sendiri dengan cinta-cinta hati di kampung halaman tu kan. tambah pulak, raya tahun ni sibuk betul dengan test dan assignment yang bertimbun2. kena pulak aku ni memang jenis suka buat kerja last minute. mana la tak gelabah. esok ada group meeting, bahan2 nak discuss pun belum buat lagi. teruk kan! sebab tu lah aku cakap tadi, raya kali ni betul2 tak ada perasaan raya. raya ke.. tak raya ke.. sama je.

kalau hari raya jatuh hari ahad, hujung minggu.. alhamdulillah. boleh la kata 'rasa' la juga raya tu. tapi, hari isnin tu da start sekolah, plus ada test pulak sebelah malam. tu tak kira lagi assignments yang due week tu jugak. kalau raya jatuh hari isnin.. oh.. memang tak lah! bye-bye la raya. tak ada maknanya lah nak rasa nikmat beraya kan. lalalala~ itulah norma2 kehidupan.

kat kampung pulak, dah riuh rendah dah. semua orang da balik kampung. penuh dah rumah. adik-beradik aku pun semua ada kat rumah dah. semalam texted ummi.. "one person is missing there" merujuk kepada aku lah tu yang tak ada kat rumah. kemudian dapat reply dari Ummi.. "ye lah, tak cukup sorang lagi anak Ummi. tak apa, tahun depan insyaAllah dapat bukak puasa sama2." yelah..tunggu tahun depan lah nampak gayanya insyaAllah...

well, sempena dengan hari raya yang bakal menjelang tak lama lagi ni, aku nak amik kesempatan ni nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada seluruh umat Islam yang menyambut hari raya tak kira di mana jua anda berada :)

Ramadhan Mubarak  

Posted by: A.i.m.i

oh, sebelum terlupa...

masih belum terlambat lagi kan nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN & SELAMAT BERPUASA kepada semua umat Islam.

semoga ramadhan kali ni lebih baik dari tahun2 sebelumnya insyaAllah :)

entry kosong  

Posted by: A.i.m.i

alhamdulillah, aku dah dapat balik jam tangan yang hilang tu. hari jumaat lepas aku gi ambil dekat rumah budak yagn jumpa jam tu. orang kaya rupanya mereka tu, patutlah tak de perasaan nak ambil jam aku tu. haha. sebab kebaikan dia, aku berjaya dapat balik jam tu. seronok sangat! :)

*****

tadi aku ada la masuk website gua.com.my, tah macam mana boleh nak gi sana eh? ada lah terbaca something2, and then bila nampak related article kat google tu, terus la bukak link tu. so, aku pun jumpa la article ni from gua.com.my.
tajuk dia tak boleh blah jugak la.. tapi apa salahnya baca kan? jiwang? i dont think so. nak suka2, apa salahnya kan. well, i dont give a damn apa orang nak cakap. well3.. ada some of the 'madah cinta' tu yang buat aku berfikir..

15 madah cinta paling panas.

Kata-kata cinta yang puitis dan indah sememangnya mampu memberikan impak kepada perhubungan yang terjalin. Walaupun ringkas, madah cinta selalunya mempunyai maksud yang mendalam apabila diperhalusi.

Jika suatu ketika dahulu kata-kata seperti HACKS (Hanya Aku Cinta Kau Seorang) atau CINTA (Cinta Itu Nikmat Tapi Awas!) cukup popular di kalangan remaja yang bercinta, kini disenaraikan pula 15 madah cinta yang dikatakan paling hangat sepanjang tahun ini.

Jika anda tidak mempercayainya, apa kata kamu cuba tujukan madah-madah cinta ini kepada insan yang kamu sukai dan lihat respon yang diberikannya. Jika si dia tersenyum sambil menatap wajah anda, itu bermakna kamu berjaya menyentuh hatinya.

1. Cinta tidak pernah meminta ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan tetapi ia tidak pernah berdendam dan tidak akan membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan. Manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.

2. Jangan simpan kata-kata cinta kepada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia, kerana akhirnya anda akan catatkan kata-kata cinta itu di pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dimindamu itu sekarang selagi dia mampu mendengar dan tersenyum kepadamu.

3. Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat. Selepas menemui insan yang tepat itu, sudah pasti kita akan mengucapkan terima kasih di atas kurniaan yang tidak terhingga itu.

4. Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak lagi berada di sisi kita.

5. Jangan melarikan diri daripada cinta apabila ia berada di hadapanmu. Kerana suatu masa nanti, anda pasti teringat kembali akan cinta tersebut dan menyesali perbuatanmu itu.

6. Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan jiwa raga.

7. Cinta berupaya mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmah. Itulah kuasa cinta.

8. Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu. Tetapi lebih menyakitkan apabila anda mencintai seseorang tetapi anda tidak pernah memiliki kekuatan dan keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

9. Kadangkala kamu tidak menghargai insan yang mencintamu sepenuh hati hinggalah anda kehilangannya. Ketika itu sesalan sudah tidak berguna lagi kerana perginya tidak mungkin akan kembali lagi.

10. Cinta ibarat pasu antik yang sukar ditemui dan sukar untuk diperolehi. Tetapi ia cukup mudah untuk jatuh berderai sekiranya tidak dijaga dengan elok.

11. Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan. Apa yang buta ialah apabila cinta itu menguasai dirimu tanpa pertimbangan.

12. Kejarlah cita-cita yang diimpikan sebelum mencari cinta. Apabila tercapainya cita-cita, maka dengan sendirinya cinta itu akan hadir.

13. Setiap orang punya rasa cinta. Tetapi tidak semua orang pernah merasai cinta. Setiap orang pernah bercinta tetapi tidak semua yang berpeluang mengecapi bahagia.

14. Cinta itu apabila kamu bertemu dan membuat pilihan yang tepat.

15. Manusia tidak jatuh di dalam cinta dan juga tidak keluar daripada cinta. Tetapi manusia tumbuh dan membesar bersama cinta.

*****

satu yang tak pernah salah tentang cinta.. ya, cinta hakiki tu hanya pada Yang Satu, Dia Yang Maha Esa...

bila dah tak ada kerja sangat  

Posted by: A.i.m.i

hiyaaa~

aku dah berjaya habiskan sebijik novel lagi. ni novel melayu punya. *kalo novel semangat aje nak baca. kalau buku sekolah, belum habis satu perenggan baca, dah nak terlelap..hihi

ok, berbalik pada novel yang aku baca tu. ish ish ish. biasalah, novel cintan cintun ni. ayat romantik nak geli2. geli pulak aku baca. ada ke orang bercinta real life boleh buat ayat macam tu? dah la skema, tahap romantiknya tu pulak, ish ish ish... berdiri bulu roma ai yuuu~

alah, kalau setakat i lebiu, u labi ai (i love you, u love i) tak ada la pelik benar. ai tak heran pun. itu normal.. ni yang ayat yang macam "abang cintakan sayang sepenuh hati abang. abang sanggup gadaikan nyawa abang demi sayang, percayalah.." perghhh.. takpe2, novel. memang macam tu la gayanya, ye tak. nak kompelen lebih2 pulak. huahaha. ok, itu satu hal.

lagi satu, dalam novel aku baca ni, yang lelakinya kejam sungguh! dah kata sayang bini, cinta la bla bla bla, tapi sanggup lempang, kasik penampar semua. bini mengandung, sanggup hantukkan kepala bini dia kat dinding, tolak sampai jatuh sebab marah sangat kat bini dia. tu baru physically. kata2 cemuhannya tak yah kata lah. aku yang baca ni pun panas hati jadinya. tak berhati perut langsung. tak patut betul lelaki tu buat macam tu. kat bini sendiri pulak tu. kesian betul. dalam hati sayang, tapi egonya tinggi, sanggup sakitkan bini sendiri. pelik aku. ada ke lelaki macam tu in real life? mintak2 jauh la kan. haa... ni la padahnya bila dah baca novel, mula nak proses balik cerita2 yang aku baca tu. *geleng2 kepala.

******

alamak! esok ada lab, terlupa nak baca lab manual.

Click! Click!